Teman saya yang cantik berdarah Jawa, Okto kemarin ikut merayakan Sincia lengkpap dengan Cheong Sam-nya. Suka sekali melihat bajunya. Maka tak tulis di jurnal transformasi ini 🙂
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan ‘cheong sam’ dalam dialek kantonis bermaksud ‘baju labuh’. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
sumber : Perpustakaan Malaysia